Posted at 01:05 am by zuera_fadz

..........HARI INI DALAM HIDUPKU..........
Hari ini dalam hidupku penuh dugaan
setiap detik kutempuhi dengan kesabaran
agar apa yang melanda tidak keruan
semoga semuanya selamat diselesaikan
Sungguh tak kusangka akan begini jadinya
dalam rintangan ada jalannya
suatu dugaan ada hikmahnya
untuk kita menghadapinya
Tiada masalah tiada penyudahnya
untuk panduan hidup bersama
walaupun halangan menjadi tanya
dapat kusudahkan dengan sempurna
Setiap hari lain harinya
setiap kata lain katanya
sungguh aku tidak menduga
Akhirnya aku yang kecewa
Posted at 11:19 pm by zuera_fadz

..........Sehati Sejiwa..........
Jikalau hati sudah terpatri
Apakan daya rasa di hati
mengharap belas untuk dikasihi
itulah impian sebuah mimpi
Saat manis itulah yang dinanti
mengharap kasih yang pasti
Untuk tatapan 2 hati
sehati sejiwa itulah janji
Sanggup ku selam di lautan api
Cuma untuk mu wahai kekasih
Kerana hati jua kuturuti
Hanya untuk mu cinta kekasih
Posted at 01:54 am by zuera_fadz
..........kata-kata dariku..........

Selama ini tatkala ku merinduimu
Kau tiada disisiku
Mengapa harus begini
Ah........Kenapa harus semua ini terjadi padaku
Kemana kau menghilang sayang
Jiwa ku pedih menanggung rindu
terasa bagai ditikam oleh mu
Walaupun hanya bertemankan rindu
Hanya ku saja yang menanggung rindu
Aku pasrah dalam menghadapi dugaan ini
Walau begitu kau tetap dihatiku.....
Di mana harus ku cari ganti
Itulah lagu yang didendangkan oleh Allahyarham p. Ramli
Bagaimana nak ku luahkan perasaan ini
Yang selalu terukir di fikiranku
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk mengisi kekosongan hatiku
oh......
Milik siapakah hati ini
Yang selalu meronta keseorangan
Apalah dayaku
Hanya takdir yang menentukan
Semuanay kuasa Ilahhi.
Ku hanya berserah
Alangkah teringin bila memikirkan
Apa yang tersemat di dalam hati ini
Walaupun payah nak dicapai
Tetap tenang dihati ini
Susah nak ku luahkan apa yang terhasrat
Kerana dikau bukan seorang
Alangkah indah ketika detik semakin menghampiri
Terasa bagai di pintu syurga
Walau ianya hanya igauan
Namun dihati tetap berdetik
Setiap kata ada maksudnya
Walaupun ianya sekadar gurauan
Namun hati ku tetap sama
Walaupun seribu kata yang dilafazkan..
Aku hanya mampu berdoa
Moga tercapai detik itu
Setiap detik yang diinginkan....

Posted at 03:22 am by zuera_fadz